Juruacara kemudiannya mengumumkan keberangkatan pasangan pengantin meninggalkan dewan dan menunggu tetamu di pintu masuk dewan untuk bersalaman dengan para tetamu yang akan meninggalkan majlis. Sejurus selepas itu, pengumuman Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir dan Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah serta tetamu kenamaan meninggalkan majlis. Ramai di antara para tetamu tidak mahu melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Y.A.Bhg. Tun berdua, ada yang masih sempat bergambar bersama beliau. Disepanjang laluan permaidani merah, para tetamu berkumpul hinggakan pergerakan Y.A.Bhg. Tun dan tetamu kenamaan menjadi agak perlahan. Pasangan pengantin seterusnya bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada Y.A.Bhg. Tun berdua serta tetamu kenamaan, senyuman terukir di bibir pasangan pengantin dan ayahanda dan bonda pengantin perempuan tanda penghargaan dan terima kasih kepada tetamu kenamaan. Sesi bersalaman dengan para tetamu diteruskan sehingga kesemua tetamu meninggalkan dewan, memang agak memenatkan tetapi kepuasan jelas tergambar di wajah pasangan pengantin oleh kerana majlis persandingan tersebut telah selamat dan berlangsung seperti yang telah dirancang.
Sebaik sahaja selesai sesi bersalaman dengan para tetamu, sesi bergambar pasangan pengantin telah diadakan. Pihak urusetia dan tenaga kerja serta krew majlis persandingan memulakan sesi bergambar bersama pasangan mempelai, seterusnya ahli keluarga pengantin lelaki. Kemudian ahli keluarga pengantin perempuan mengambil tempat untuk sesi bergambar, diikuti pula bersama ayahanda dan bonda pengantin perempuan. Akhir sekali pasangan pengantin mengabadikan detik indah majlis persandingan mereka bersama sanak saudara. Setelah sesi bergambar berkumpulan selesai, pasangan pengantin meneruskan lagi sesi bergambar berdua sebagai mengabadikan memori majlis persandingan buat tatapan anak, cucu dan generasi akan datang.
2 ulasan:
Salam.... Selamat Pengantin Baru. Tahniah pada AKMAL & THADA. And a very special congrats utk penulis blog ini - cukup sempurna :) & nice layout
tahniah..SHA...MIDHAT,...semoga berkekalan ke anak cucu....iringan kebahagian mengiringi doaku...
Catat Ulasan